salam warahmatuALLAH...
Satu buka yg amat menarik prhatian,satu ringkasan mengenai buku Cebisan Hati manusia.Isinya amat bernas dan menarik tentng bagaimana menjadikan hati terang.Kita banyak kali dengar,biasanya mak cik kat kampung ckap,'bertuah la budak ni,cerah hati,ajar sikit dah masuk,ish2 anak sapa la ni'.
Oleh itu,mari kite tengk cara penerang hati dalam islam:
BAGAIMANA NK JADIKAN HATI TERANG?
Ibaratkan kita nk pasang lampu yg cantik dalam satu bilik dengn tujuan untuk menerangkan bilik tersebut,maka sewajibnya kita kena lapangkan bilik itu.Barulah tidak padat dan menggelapkn bilik tersebut.JADI KOSONGKAN BILIK@HATI itu DULU.
KOSONGKAN HATI ADA DUA CARA:
1)INGAT MATI
2)BERFIKIR TENTANG CIPTAAN DAN KEAGUNGAN ALLAH.
Kita diakhir zaman merasakan kita hidup lama di dunia,lama sangat,dan kadangkan satu keberuntungan yg besar dirasakan kepada pengurus2 jenazah,saban hari berdepan dengan jenazah yg mengingsafkan.ALLAH S.W.T berfirman dalam srh an Nisa ayat77:katakanlah wahai muhammad"harta benda yg menjadi kesenangan di dunia ini hnyalah sedikit sahaja,(dan akhirnya akan lenyap).
Seorng ilmuan mengatakan,ku mendapati(dunia)seperti bilik yg mempunyai dua pintu,aku masuk melalui salah satu daripada pintu tersebut),dan aku keluar dengan satu yg lain.
Dunia ini adalah bilik bagi mereka yg tidak mempunyai bilik,dan dalamnya berkumpullah mereka yg tiada akal.
Jiwa menangisi terhadap dunia,sesungguhnya (ulamak) telah ketahui,sesungguhnya kesejahteraan di dalamnya ialah meninggalkan apa yg ada padanya...
Apabila hati kosong barulah kita boleh terangkan ia dengan cara.
1)Mentauhidkan Allah.Jadi orng yg wenang2 dalam solat tidak akn terang hati sebab penawar TAUHID tidak ada.
2)Ilmu yg bermanfaat.Jika kita tuntut ilmu cepat kaya,atau ilmu maksiat maka sampai bila pun tak kan terang hati.Contohnya tuntut ilmu agama dan ilmu kedoktoran adalah ilmu yg bermanfaat.Jika ada perompak yg tidak pandai dan tetap meninggalkan jejak semasa merompak jangan salahkan dia,kerana itu memang ketentuan Allah kpd sesiapa yg berbuat jahat.
3)Tingkatkan AMALAN SOLEH sebab itu penawar yg ketiga.
4)Keberanian.Keberaniaan adalah sabar,tetap hati,dan mendahulukan perkara2 yg bermanfaat.Maka sabar itu perlu dalam menerangkan hati,jangan mudah melenting dengan tidak sabarnya bila bnyak ilmu yang perlu dipelajari.
5)Menjauhi maksiat kecil dan besar seperti mengumpat.
6)Jauhi perkara yg sia-sia yang membazirkan masa sebaliknya penuhkan masa dengan perkara bermanfaat.
No comments:
Post a Comment