Bismillahhirrahmanirah...dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha pengasihani...tetapknlah hati kami dijalanmu dan janganlah bolak balikkan hati kami setelah petunjuk tersergam di hadapan mata kami...kerana Engkaulah yg maha mengetahui lg maha penyayang.
Suka diri ini ingin mencoretkan sesuatu kalam mengenai forum yg telah dianjurkan baru2 ini di zagazig.Melihat intipati forum ini jika diambil pengajaran dan cuba diaplikasikan kepada jasad dan rohani mahasiswa rasanya akn melahirkan satu generasi pelajar yg memiliki kesedaran akan cabaran yg terbentang dihadapan mereka.wacana dalam melahirkan kesedaran tentng cabaran masa depan mahasiswa perlu kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri.
Cikgu sidek baba ada bertanya,
Cubalah kita jawab dengan pemikiran hasil acuan ilmu agama dan dunia yg telah dihadam selama berada di mesir untuk menguji tahap kematangan seorng mahasiswa di perantauan.Soalannya tampak mudah tp isinya mendalam...
1)Apakah cukup untuk dapatkn profesionalisma sahaja,bagaimana nasib ummat islam dan bngsa melayu?
2)Menghasilkan generasi Al quran yg tersurat sahaja adakah cukup,yg tersirat?
3)Al-biruni pergi ke suatu tempat,belajar bahasa tempatan dan sematkn ilmu disitu dalam 'islamic point of view'.kita diri yg hina ini adakah tunggang langgang ke kuliah sahaja tanpa buka minda...
4)Akan datang,mahasiswa akn brcakap dalam bahasa nano teknologi dan' stem cell'.Adakah kita akan turut bercakap begitu selaras masyarakat barat tanpa terapan Qurani,jadi samalah kita dengan orng barat?Oleh itu di mesir hubungkan dengan Qurani untuk bezakan dengan orng barat...
5)Adakah iqra'hanya sekadar' bacalah',tapi mana dia yatadabbarun iaiti berfikirlah dengan akal?
Persoalan itu wajar ditanyakan iman kita,kemudian jawablah kepada diri sendiri sebagai salah satu muhasabah selepas solat atau ambillah masa2 yg sesuai untuk menjawabnya dan seterusnya cuba melaksanaknnya...
Lagi kalam amanat cikgukpd anak2 bngsanya,
Menekankan peri pentingnya bersikap terbuka,kerana itulah sikap sebagai seorng yg bertamadun.Namun itu tak bermakna kita tak ada prinsip dalam hidup.Cubalah selalu membuat 'reflection toward the pass',untuk rangka strategi di masa depan dan janganlah' reflective' itu untuk mengenang keagungan dahulu sahaja.
Cuba bayangkan yg mengatur alam ini adalah manusia yg hina dina,hancurlah 200 galaksi yg ad diatas sana andai pengaturan itu dibawah minda manusia kerana sistem jalan raya di planet bumi sahaja manusia tidak mampu untuk melicinkannya tanpa perlanggaran.Jenguklah sahaja ke langit,adakah wujud ketenangn melihat langit tanpa tiang hasil kekuasaan Allah,adakah kamu nampak perlanggaran bulan dan matahari walaupun berjuta2 cakerawala wujud nun jauh diatas sana.Nah Allah maha bijaksana,pemikiran manusia terbatas dan perlu sentiasa mengasahnya untuk jadi matang.
Lagi kata2 cikgu untuk tadahan murid yg kepingin ilmu,
Dalam islam ilmu itu berroh.Belajar perubatan tidak hnya berfikir untuk lahiriah sahaja,tapi ilmu itu zikir kerana sesungghnya yg kita tatap itu hasil ciptaan Zat Allah yg maha Agung.Belajar itu jika difahami konsep dan niat kerana Allah mampu melunakkan hati insan untuk menjadi ibadurrahman dan ibadullah.Iaitu mahasiawa yg yakin bebesaran Allah kerana setiap hari tatap dan belajar benda yg dicipta ALLAH.
Dalam islam,teknologi hnyalah alat bukan matlamat.Contohnya,komputer memiliki software atau' core' komputer itu dan tanpanya komputer hnya jadi alat biasa.Hari ini,ianya diciptakan barat dan islam hnya pengguna.Pengguna boleh dimanupulasikan barat kerana mereka masyarakat penyumbng dan lumrah alam masyarakat pengguna akan ikut secara aotomatik tanpa sedar kandungan software itu.Nah,hasilnya pemikiran mahasiswa separuh barat dan mahasiswa yg tidak terpedaya susah nk betulkan pemikiran sahabat2 lain kerana pemikiran itu sudah lama berakar umbi.Ditambah pula yg hendak diubah itu punya kelantangan lidah untuk menegakkan pemikiran mereka yg dirasakan betul hasilnya wujud pelbagai tohmahan bila pemikiran islam datng nk betulkan pemikiran barat mereka.Untuk mengulang kembali zaman keagungan islam,masyarakat islam perlu menjadi masyarakat penyumbng supaya lumrah alam berbalik kepada islam.Kepada para daie perjuangan belum selesai kerana tidak beriman seseorng selagi saudaranya tidak dikasihi seperti mengasihi diri sendiri..
Ad seseorng bertanya mengenai rancngan pemansuhan bahasa melayu di sekolah cina di Malaysia dan cikgu berkata,
'umat melayu sebenarnya tidak diajar menzalimi orng lain...',
Pada pendapt sy(penulis),bngsa melayu rendah diri dan mudah hilang 'self confidence' bila berdepan degan kaum lain,menjadi pak turut dan wajar mengasah minda untuk menegakkn yg hak di tanah sendiri kerana melayu melambngkan islam.Ada benda yg kita perlu berbalah berbalahlah,ad benda yg kita perlu bertengkar,bertengkarlah.Jngan' lost bargaining power' atau daya memanipulasikan kata2 dalam menegakkn dan mencungkil sesuatu masalah dengan sesuatu pihak kerana itu kekuatan ummat.Semakin tinggi 'bargaining power' seseorng,semakin mudah permesyuaratan dan sekarang cikgu mengatakan ummat melayu islam semakin 'lost bargaining power kpd kaum lain'.
Lagi tinta cikgu sidek,
'Ilmu,pengalaman,kebijaksaan itu penting.Jika esok datang jamaah lain,dengarlah.Kerana itu sifatnya memperkayakan ilmu,maka dengarlah selagi ilmu disampaikan oleh mereka.Jngan katakn jamaah dia je yg betul kerana itu jumur namanya'.'Exposekan' diri kpd persekitaran dimesir(hadirkan diri dalam program)tapi semasin mane pun laut disekeliling,tapi pastikan daging kita tetap tawar.
Islam dan kesatuan diibaratkan sebagai satu taman yg ad pelbagai jenis bunga(setiap satunya menyumbangkan harmoni kepada taman itu).Jngan jadi seperti bunga ros yg berbngga akulah sahaja yg paling layak menghuni taman nan indah dan menebarkan keharuman ke seluruh pelusuk taman.Sebaliknya jadilah orng2 yg berlumba-lumba menegakkan islam selagi mana orng itu rukuk dan sujud kpd Allah.
Untuk point yg paling bawah sebenarnya sy tidak mengiakan kata2 cikgu.Terasa kalam2 ustaz yg setiap hari menerima tadahan ilmu di al Azhar as syarif lebih arif dan 'islamic' dalam menjawab isu kepelbagaian persatuan dimesir.kehadiran kepelbagaian persatuan dimesir bisa meruntuhkan kesatuan islam itu sendiri.Ambil yg jernih,buang yg keruh.Selebihnya serahkan kpd Allah.amin...
No comments:
Post a Comment